Advertisement
B. Sathianathan Tak Mahu Arif Aiman Terburu-Buru Tinggalkan JDT
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas jurulatih Selangor FC, B. Sathianathan mengingatkan Arif Aiman agar tidak membuat keputusan terburu-buru untuk meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengendali berusia 60 tahun itu menjelaskan dalam Astro Arena bahawa terdapat ramai pemain negara yang berkelana di luar negaar namun tidak membuahkan hasil.

Justeru itu, beliau mengingatkan pemain muda negara itu agar bersabar dan menjalani proses perkembangannya di JDT dengan sebaik mungkin.

Sathia memberi contoh bahawa terdapat pemain seperti Luqman Hakim yang sudah hampir 3 tahun di Eropah namun masih bergelut untuk mendapatkan minit permainan.

“Saya harap Arif Aiman kekal lagi 2-3 tahun di JDT dan selepas itu jika beliau mahu berkelana di Korea dan Jepun tidak mengapa,” jelasnya kepada Astro Arena.

Arif sebelum ini dilaporkan telah menarik minat beberapa kelab Jepun dan Korea termasuklah Kashiwa Reysol namun difahamkan JDT tidak menerima mana-mana tawaran setakat ini.

Beliau setakat ini telah menjaringkan 5 gol dan mencatat dua bantuan gol di Liga Super.