Advertising
Baddrol Bakhtiar Gembira, Temui Permata Hoki Malaysia Di Kedah
UltraSukan
UltraSukan
Baddrol Bakhtiar

Bekas pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar membawa berita gembira buat masa depan sukan hoki Malaysia.

Menerusi hantaran di media sosial rasmi beliau, beliau mengucapkan jutaan tahniah kepada salah seorang pemain hoki muda kelahiran Kedah yang berjaya menggapai kejayaan peringkat kebangsaan.

“Pertamanya saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada adik Pravein Raj A/L Jeganathan di atas prestasi cemerlang mendapat Anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik dalam Kejohanan Hoki Peringkat Kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil,” tulis Baddrol Bakhtiar di Instagram beliau.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Baddrol Bakhtiar (@bakhtiarbaddrol)

Ad

Beliau yang kini bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, telah menerima kunjungan adik Pravein dan ayah beliau di pejabat rasmi beliau.

“Petang ini, saya menerima kunjungan daripada adik Pravein Raj dan Encik Jeganathan yang tinggal di Taman Sinar Mentari, Bedong ke pejabat PKWR Dun Gurun.”

Ad
Ad

Bekas pemain bola sepak kebangsaan itu sempat menitipkan kata-kata semangat buat adik Pravein agar terus semangat mengejar cita-cita menyarung jersi negara suatu hari nanti.

Ad

“Menyampaikan sedikit saguhati atas kejayaan beliau bagi membakar semangat untuk berjuang lebih keras ke tahap yang lebih tinggi sehingga mewakili Negara. Tahniah saya ucapkan! Berjuang demi lencana didada,” ujar beliau di kapsyen.

Dalam masa yang sama, saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) turut sedang berlangsung kini dengan pasukan pilihan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang memimpin carta liga, berkongsi 20 mata bersama Maybank.