Baddrol Bakhtiar Jawab Alasan Kukuh Tinggalkan Bola Sepak Secara Mengejut
Inspirasi
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Bekas pemain tengah pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar akhirnya membuka mulut mengenai perancangannya untuk meninggalkan bola secara tiba-tiba.

Pemain berusia 35 tahun itu berada pada kemuncak prestasi bersama The Rhinos dan menjadi watak penting pasukan musim ini.

Bekas lagenda Kedah ini bagaimanapun memilih untuk tidak meneruskan perjuangan beliau dan menceburi bidang baharu dalam perjalanan kariernya.

Advertisements

Menurut satu penjelasan yang diberikan oleh Baddrol, antara sebab utama yang menyebabkan beliau nekad untuk meninggalkan bola sepak dan menceburi bidang politik adalah disebabkan mahu membantu mempertahankan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Saya ingin berhijrah daripada bidang bola sepak kepada bidang baru ini, bidang politik.”

“Pertama sekali saya ingin memperjuangkan agama dan bangsa saya. kedua, saya ingin mempertahankan individu yang sedang diserang sekarang ini dan beliau juga tenang bertahan iaitu Menteri Besar kita, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor,” jelasnya.

Advertisements

Beliau dikatakan akan mewakili Perikatan Nasional dan mewakili partinya di DUN Bukit Selambau.

Walau bagaimanapun, kehilangan Baddrol sudah pasti merencatkan perjuangan Sabah FC di bawah pimpinan Ong Kim Swee tatkala mereka kini berjuang untuk meraih slot ke Asia sekali lagi sambil berjuang sebagai persediaan menghadapi Piala AFC September ini.

Ketika bersama Sabah, Baddrol telah mencatat 13 gol sepanjang 41 penampilan sejak musim lepas. 

Advertisements

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Marzuki Nasir menjelaskan bahawa pihak pengurusan Sabah akan berbincang dengan staf kejurulatihan terlebih dahulu berkenaan pengganti Baddrol namun setakat ini, masih tiada calon yang dijangka perkuat Sabah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram