Baddrol Bakhtiar Santuni Belia India Bermain Bola Sepak
Komuniti
Baddrol Bakhtiar
Advertisements

Walaupun sibuk bergelar Adun Gurun, itu tidak menghalang Baddrol Bakhtiar daripada bermain bola sepak dengan orang ramai terutama golongan belia.

Baru-baru ini, bekas pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) itu meluangkan masa bermain dengan golongan belia India sekitar Taman Gurun Jaya, Gurun, Kedah.

Kehadiran beliau membuatkan anak-anak muda yang menyertai sesi permainan pada hari itu teruja dan seronok.

Advertisements

Biarpun sudah menggantung but, ternyata sentuhan magis Baddrol di atas padang masih lagi memukau ramai.

Sebaik saja gambar dan video aktiviti Baddrol ini dimuatnaik di media sosial, ramai memuji tindakan beliau. Ini kerana kehadiran beliau bukan saja menggalakkan orang ramai terutama golongan belia aktif beriadah.

Malah, ini secara tidak langsung boleh menjadi medan mengenalpasti bakat-bakat baru yang mampu mewarnai arena bola sepak negeri Kedah dan negara amnya.

Advertisements

Justeru, bagi menyahut usaha itu, Baddrol sedang membentuk pasukan bola sepak yang dikenali sebagai Team Bola BB7. Pemilihan pemain pasukan itu bakal dibuat pada 14 dan 15 Oktober ini.

Pemain yang berusia 17 hingga 39 tahun tanpa mengira latar belakang kaum boleh memohon menyertai pemilihan pemain dengan syarat mereka merupakan penduduk di DUN Gurun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram