Baddrol Bakhtiar Sarung Jersi Sabah Buat Kali Terakhir
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pemain tengah Sabah FC, Baddrol Bakhtiar bakal menyarung jersi Sabah buat kali terakhir setelah kelab secara rasminya mengumumkan bahawa Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan pasukan melalui persetujuan bersama.

Perlawanan Sabah menentang Sri Pahang pada malam ini di Stadium Likas bakal menjadi aksi terakhir pemain kelahiran Kedah setelah beliau melakukan penamatan kontrak dan tidak akan lagi bersama Sabah sehingga tamat baki Liga Malaysia musim ini.

Faktor penamatan kontrak Baddrol bagaimanapun masih belum diketahui dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Advertisements

Baddrol Bakhtiar menyertai Sabah pada Disember 2021 setelah 16 tahun bersama pasukan Kedah dan menjadi antara tonggak penting pasukan walaupun beliau sudah berusia 35 tahun.

Musim ini, Baddrol merekodkan 14 penampilan buat Sabah dan berjaya menyumbang 4 gol dan 3 bantuan jaringan dalam saingan Liga Super dan Piala FA.

Advertisements

Terima kasih kerana telah merancakkan arena bola sepak Malaysia dan selamat maju jaya diucapkan kepada bekas pemain kebangsaan Malaysia, Baddrol bakhtiar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram