Baddrol Bakhtiar Tinggalkan Sabah
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Bekas pemain tengah Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar kini tidak lagi bersama skuad Sabah FC.

Ini selepas pengurusan skuad Badak mengumumkan pemain tengah berusia 35 tahun itu meninggalkan kelab hari ini. Keputusan tersebut dibuat hasil persetujuan bersama Baddrol dan pihak pengurusan.

Dengan keputusan tersebut, jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee perlu mencari seorang figura baru sebagai kapten pasukan bagi menggantikan Baddrol.

Advertisements

“Beliau akan sentiasa menjadi legenda di Sabah FC. Segala komitmen, dedikasi, semangat dan motivasi yang diberikan sepanjang bermain bersama Sabah FC dan seterusnya menerajui Sabah ke AFC Cup 2023 akan sentiasa dikenang.

“Dengan keseluruhan 41 penampilan dan 13 gol, tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin. Nama Baddrol Bakhtiar juga akan terpahat sebagai lagenda di arena bola sepak Malaysia

Advertisements

“Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

“Kami sentasa mengalu-alukan Baddrol Bakhtiar kembali ke Sabah FC sebagai keluarga pada masa hadapan,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

Advertisements

Di media sosial, ramai penyokong Sabah FC merasa sedih dengan pengumuman tersebut kerana akan merindui pengaruh dan ketenangan Baddrol sebagai kapten selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram