Badi Ernist Batyrkanov Beraksi Di Malaysia Masih Melekat
Asia
KFU
Advertisements

Penyerang Kyrgyzstan, Ernist Batyrkanovv dilihat tidak bernasib baik setiap kali beraksi di Malaysia.

Walaupun berjaya menjaringkan gol untuk The White Falcons, pasukannya tumbang 4-3 di tangan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dan sebelumnya, Batyrkanov juga gagal menemui sasaran dalam 12 perlawanan Liga Super dan Piala FA musim ini untuk Kelantan United FC.

Advertisements

Dari satu segi, ia satu memori buruk buat penyerang Abdysh Ata-Kant itu. Namun begitu, Batyrkanov melihat kemarau jaringannya bersama Kijang Hijau berpunca daripada beliau beraksi bukan di posisi biasanya iaitu penyerang tengah.

Ini sedikit sebanyak menggugat rentaknya sebagai penjaring gol. Batyrkanov juga merasakan dengan keadaan liga yang mencabar, ini membuatkan dirinya sukar beradaptasi dengan suasana Liga Super.

Justeru, beliau berharap dapat memanfaatkan pengalaman di Malaysia bagi membantunya menjadi lebih bagus pada masa depan.

Advertisements

“Anda tahu saya pernah berada di sini selama enam bulan. Mungkin saya tidak beradaptasi kerana bola sepak Malaysia berbeza (dengan bola sepak Kyrgyzstan).

“Saya juga tidak bermain di posisi saya sendiri iaitu nombor 9 (penyerang tengah). Mungkin itu kesilapan saya (kerana) tidak berusaha secukupnya,” katanya kepada wartawan MakanBola, Alif Syazani selepas perlawanan.

Batyrkanov kini fokus membantu The White Falcons untuk aksi kelayakan Kumpulan D seterusnya menentang Oman pada 21 November lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram