Bekas jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski akhirnya menikmati kemenangan bersama pasukan baharunya, Salford City FC.
Selepas tewas tiga aksi sebelumnya, Salford akhirnya meraih kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan Newport County 2-1.
Kesemua gol membabitkan kedua-dua pasukan berlaku pada separuh masa kedua. Harrison Biggins meletakkan Newport di hadapan pada minit ke-71.
Taylor Allen kemudiannya menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-83. Kelly N’Mai memastikan kemenangan milik Salford dengan gol pada minit ke-90.
Kemenangan itu menyaksikan Salford kini menduduki tangga ke-20 Liga Dua (divisyen keempat England). Pada masa sama, ini juga mengurangkan tekanan yang dihadapi Cklamovski selepas kelab berbelanja besar musim ini.
Selepas ini, Salford akan menentang Port Vale pada 5 September ini.