Badminton Asia Championship: Aaron-Wooi Yik Hantar Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura Pulang Raya Awal
UltraSukan
BWF
Advertisements

Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tiket ke suku akhir Badminton Asia Championship 2024 apabila menewaskan wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.

Masih segar dengan kemenangan ke atas beregu India semalam, Aaron dan Wooi Yik bagaimanapun diberikan tentangan sengit oleh lawan dari Jepun tersebut dengan saling mengejar mata antara satu sama lain.

Namun, ketenangan dan pengalaman yang dimiliki Aaron-Wooi Yik berhasil memastikan setiap mata berjaya diraih pasangan negara sekaligus mengesahkan kemenangan di set pertama 21-18.

Advertisements

Set kedua menyaksikan beregu Jepun tampil berbeza dengan corak permainan lebih menyerang bagi memerangkap pergerakan pasangan negara yang berada di ranking kelima dunia itu.

Aksi bertahan yang dipersembahkan beregu negara kelihatan rapuh sehingga mudah ditembusi sebelum akur menyerahkan set kedua kepada lawan dari Jepun itu dengan keputusan 14-21.

Bersambung ke set penentuan, permainan yang lebih menyakinkan ditunjukkan oleh Aaron dan Wooi Yik dari awal set berjaya mematikan langkah Mitsuhashi-Okamura untuk mendapatkan mata.

Advertisements

Beregu negara terus jauh meninggalkan pasangan Jepun tersebut apabila sempat mendahului 18-11 pada suatu ketika sebelum menoktahkan kemenangan mudah di set penentuan 21-14.

Tamat aksi, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menang 21-18, 14-21, 21-14 ke atas pasangan Jepun tersebut.

Kemenangan ini memastikan kemaraan pasangan negara ke peringkat suku akhir esok dan bakal berdepan beregu China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi yang turut lolos selepas mudah menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Young Hyuk-Wang Chan.

Advertisements

Aaron dan Wooi Yik akan menjadi wakil ketiga negara yang mara setelah Lee Zii Jia dan Izzuddin-Goh Sze Fei yang menempah tiket lebih awal pada sebelah pagi manakala Wei Chong-Kai Wun tumpas kepada lawan dari Chinese Taipei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram