Advertisements
“Baik Kita Bawa 13 Pemain Sahaja” – Lim Teong Kim
Harimau Malaya
MakanBola
Astro Arena

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim mempunyai pandangan tersendiri dengan barisan 26 orang pemain yang dibawa Malaysia ke Piala Asia.

Pengendali berusia 59 tahun itu ternyata berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buah Kim Pan-gon ketika mengikat jaguh Asia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Beliau juga merasakan pemain harus memiliki kefahaman yang baik terhadap susunan strategi yang diaturkan oleh pengendali berusia 54 tahun itu bersama skuad kebangsaan.

Hal ini susulan dua aksi awal yang kurang memberangsangkan termasuklah ketika tewas 0-4 kepada Jordan.

“Kita bawa pemain ke sana untuk berjuang, kalau seperti kamu kata baik kita bawa 13 pemain sahaja, mengapa kita bawa sampai 26 orang pemain.”

“Kamu sudah membawa pemain ke qatar, yang sesuai dengan percaturan kamu, jadi kamu membawa pemain untuk apa, makan angin di Qatar?”

“Setiap pemain harus memahami apa permintaan yang dimahukan oleh Kim Pan-gon. Namun begitu, kuta tidak tahu apa yang jadi (di sesi latihan). Kita tak boleh menyoal mengapa jurulatih buat itu dan ini. Jurulatih percaya pemain ini akan bermain dengan baik tetapi mengecewakan,” ujarnya kepada Astro Arena.

Pandangan ini disokong oleh lagenda bola sepak negara , Dato’ Zainal Abidin Hassan yang mahu melihat penerapan yang sama dibawa oleh pasukan negara dalam setiap perlawanan.

“Bagi saya bukan pemain yang sama, tetapi penerapan (approach) yang sama.”

Malaysia mengakhiri saingan dengan satu mata dan 12.29 mata FIFA daripada tiga perlawanan namun tidak layak untuk mara ke pusingan berikutnya.

Video: Korea Selatan vs Malaysia