Bakat Baru: Kim Johan Darah Malaysia-Norway ‘Setinggi’ Haaland
Harimau Malaya
Kim Johan
Advertisements

Malaysia berpeluang untuk mencungkil seorang lagi bakat baharu buat skuad kebangsaan apabila pemain kelahiran Malaysia-Norway, Kim Johan kini menjadi perhatian.

Tatkala persiapan negara di ratau Asean berjalan rancak untuk mempersiapkan pasukan, Malaysia juga tidak terlepas dikaitkan dengan beberapa orang bakat muda di luar negara.

Menerusi perkongsian oleh laman pencari bakat muda, Future Talents, pemain itu dikenali sebagai Kim Johan Nyo Tegnander.

Advertisements

Pemain ini baru sahaja mencecah usia 14 tahun namun memiliki ketinggian yang cukup luar biasa iaitu 1.83 m sekaligus perkembangannya dikaitkan dengan bintang sensasi Norway, Erling Haaland yang kini merupakan bintang di Manchester City.

Beliau lahir di Kuala Lumpur namun dibesarkan di Penang. Johan memiliki pertalian darah melalui ibunya yang merupakan warganegara Malaysia.

Advertisements

Pemain tinggi lampai ini difahamkan beraksi bersama salah sebuah akademi di Malaysia iaitu Akademi Hala Tokio namun tidak akan kekal lama disebabkan akan pulang ke Norway.

Beliau dijangka akan terus beraksi di Norway dalam tempoh yang tidak diketahui dan cuba mendapat tempat di sana.

Advertisements

Malaysia ketika ini juga memiliki beberapa pemain berdarah kacukan yang sedang membarisi skuad senior seperti Matthew Davies, Corbin Ong, Brendan Gan, Stuart Wilkin dan ramai lagi untuk memberi nilai tambah kepada pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram