Warga Bangladesh Puas Hati Dapat Benam Malaysia
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Kemenangan pasukan wanita Bangladesh ke atas Malaysia dengan keputusan besar 6-0 telah membawa kegembiraan yang cukup bermakna kepada mereka.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter, salah seorang warga Bangladesh kelihatan cukup berpuas hati apabila skuad wanita mereka mampu untuk mengukir senyuman kembali pada wajah mereka.

Dalam video tersebut, beliau sedang berbual dengan individu yang berasal dari Malaysia dan menyatakan bahawa mereka mampu untuk mencipta kemenangan yang besar.

Advertisements

“Aiyo 6-0 la ini macam ha, bukan 4-1 tau.”

Hal ini rentetan daripada kekalahan skuad lelaki Bangladesh kepada Malaysia tempoh hari yang menyaksikan mereka tidak merekodkan sebarang kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan.

“Saya tak kisah lelaki ke perempuan yang paling penting kita menang.”

Advertisements

Beliau juga sempat berseloroh dengan individu tersebut yang menyatakan bahawa Malaysia memberi peluang kepada Bangladesh untuk mencipta kemenangan.

Walaupun secara hakikatnya, perbualan itu hanyalah satu sembang ‘kedai kopi’ antara mereka, namun prestasi skuad wanita negara jelas membimbangkan.

Mereka bakal berhadapan dengan cabaran Bangladesh sekali lagi pada esok hari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram