Bank Scotland Cetak Wang Edisi Khas Scott McTominay
MakanBola
Bank of Scotland

Imej gol ikonik bekas pemain tengah Manchester United, Scott McTominay untuk Scotland diabadikan dalam wang edisi khas keluaran Bank of Scotland.

BBC News melaporkan wang edisi khas itu dihasilkan bagi meraikan kejayaan The Tartan Army layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak edisi 1998.

Wang edisi khas itu cukup istimewa kerana menggabungkan imej wang tradisional dengan gol menakjubkan McTominay ketika menentang Denmark.

Gol tersebut memastikan Scotland meraih kemenangan 4-2 ke atas Denmark dalam aksi play-off pada November lalu di Hampden.

McTominay menyifatkan detik ini sebagai satu detik yang paling bermakna buat beliau. “Untuk sampai ke pentas terbesar bola sepak dunia ialah sesuatu yang diimpikan setiap pemain dan saya tahu ia memberi makna kepada semua peminat kita.

“Detik seperti ini menjadi milik semua orang yang mengikuti pasukan.Jadi, untuk melihat gol saya dipamerkan dalam wang Scotland merupakan sesuatu yang istimewa,” katanya.

Hanya 100 wang edisi khas yang dihasilkan bagi meraikan pencapaian hebat The Tartan Army. 50 daripadanya boleh didapati menerusi lelongan secara dalam talian, cabutan hadiah bertuah dan dua kawasan sementara di Edinburgh dan Glasgow.

Hasil lelongan dan cabutan bertuah akan didermakan kepada Crisis Scotland, sebuah pertubuhan kebajikan yang membantu golongan gelandangan di Scotland.