Ads
Bantahan Unik Jose Mourinho Curi Perhatian Warga Maya
Eropah
Fenerbahce

Bantahan unik yang dicetuskan pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho mencuri perhatian warga maya sejak 29 September lalu.

Advertisements

Akhbar Daily Mail melaporkan bekas pengurus Manchester United itu berang dengan pengadil, Cihan Aydin. Ini susulan tindakan Aydin membatalkan gol penyerang Bosnia, Edin Dzeko kerana kesalahan ofsaid dalam aksi Super Lig antara Fenerbahce dengan Antalyaspor.

Advertisements

Ini mendorong Mourinho meletakkan komputer ribanya di hadapan skrin kamera televisyen perlawanan. Skrin komputer berkenaan memaparkan imej pegun insiden gol Dzeko dengan pengurus Portugal itu mahu membuktikan keputusan Aydin itu salah.

Advertisements
Advertisements

Pengadil Turkiye itu bukan saja tidak melayan protes Mourinho. Malah, Aydin memilih melayangkan kad kuning kepada pengurus Fener itu.

Sebaik video insiden berkenaan dimuat naik di media sosial, ramai peminat bola sepak tidak kering gusi melihat telatah bekas pengendali Chelsea itu.

Advertisements

Malah, ada yang berpandangan ia konsisten dengan sikap Mourinho yang suka mengkritik pengadil sekiranya ada keputusan tidak memihak kepada pasukan yang dilatihnya.

Insiden tersebut tidak menghalang Fener daripada meraih tiga mata penuh. Kelab gergasi Turkiye itu meraih kemenangan 2-0 menerusi gol sendiri Thalisson Kelven dan gol Dusan Tadic.

Fenerbahce kini menduduki tangga kedua liga dengan 16 mata, tiga mata di belakang musuh tradisi, Galatasaray.

Advertisements

Kini, Fener mengalihkan fokus dengan menentang kelab Belanda, FC Twente untuk aksi kedua Liga Europa UEFA (UEL) pada awal pagi 4 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram