Baqiuddin Shamsudin Buat Arif Aiman ‘Lesap’
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Persembahan yang ditampilkan oleh perancang tengah Sri Pahang, Baqiuddin Shamsudin diungkapkan sebagai aksi yang cukup memukau ketika bertemu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan tunjang utama buat pasukan kendalian Fandi Ahmad sejak musim bermula.

Beliau sentiasa menampilkan aksi yang cukup bertenaga untuk mengekang asakan bertali arus yang direncanakan dari bahagian kanan Harimau Selatan duo sensasi, Arif Aiman dan juga Matthew Davies.

Advertisements

Beraksi di tempat lawan, kelibat pemain tengah ini seringkali membayangi gerakan Arif yang berkasi dengan cukup bertenaga.

Baqiuddin dilihat berjaya mengekalkan momentum untuk terus menghambat kelibat Pemain Paling Bernilai (MVP) Malaysia itu daripada memberi masalah kepada barisan pertahanan Tok Gajah.

Advertisements

Berdasarkan rekod, beliau telah pun mengumpul 935 minit sepannjang 12 aksi Liga Super dengan menjadi antara pemain yang paling banyak melakukan percubaan iaitu 11 dengan 4 percubaan tept.

Sungguhpun hanya menjaringkan gol setakat ini, kudrat beliau untuk menggerakkan bahagian tengah Sri Pahang sehingga mampu memberi saingan terbaik kepada juara bertahan Liga Super itu.

Advertisements

Nama Baqiuddin seringkali menjadi sebutan dalam kalangan peminat dengan aksinya seringkali dilabel ‘underrated’ dalam saingan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram