Baqiuddin Shamsudin Tarik Minat Kelab Eropah
Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Pemain tengah pasukan Sri Pahang FC, Baqiuddin Shamsudin menjadi bualan di Eropah selepas pencari bakat Malaysia mencadangkan nama beliau kepada sebuah kelab di sana.

Menerusi satu wawancara bersama Harimau Malaya, individu yang dikenali sebagai Qayyum Shaharuddin itu berkongsikan mengenai perjalanan beliau bekerjasama dengan kelab divisyen 4 di Sepanyol, Velez FC.

Beliau juga memberitahu bahawa terdapat minat daripada kelab Cyprus untuk membawa masuk pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi namun perbincangan tersebut difahamkan tidak diteruskan.

Advertisements

“Mereka kenal Malaysia kerana Arif Aiman. Jadi saya melakukan sedikit laporan ringkas tentang beliau (Arif) untuk kelab tersebut.”

Qayyum juga mencadangkan tiga lagi nama pemain Malaysia kepada kelab Cyprus tersebut dan salah satunya adalah Baqiuddin yang kini menjadi tunjang utama di bawah kendalian Fandi Ahmad.

“Saya cadangkan tiga pemain, Stuart Wilkin (Sabah FC), Haqimi Azim (KL City) dan Baqiuddin Shamsudin (Sri Pahang).”

Advertisements

“Mereka berminat dengan Baqiuddin tetapi ketika itu ada beberapa masalah yang menyebabkan mereka tidak jadi untuk menghubungi beliau,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Stuart juga dikenal pasti sebagai bekas pemain di Southampton namun langkah itu mendapatkan pemain tersebut terhenti disebabkan kelab tersebut sudah memiliki ramai pemain di posisi tersebut.

Pada musim ini, bintang Sri Pahang itu audah meledka satu gol dan melakukan dua bantuan gol sepanjang 1420 minit beraksi di atas padang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram