Barcelona Jual Rumput Bernilai RM2000 Sebekas Jadi Rebutan

Barcelona Nou Camp My Sports Dab Barcelona Jual Rumput Bernilai RM2000 Sebekas Jadi Rebutan
Relevo
Azim Noor @mohdazim45
12:54pm 09/09/2023

Kelab gergasi La Liga, Barcelona mengambil langkah luar biasa dengan menjual rumput padang stadium keramat mereka, Nou Camp sebagai cenderamata dengan harga €20 (RM100) hingga €420 (RM2,104).

Portal Relevo melaporkan langkah ini diambil berikutan Nou Camp ketika ini sedang menjalani kerja-kerja penambahbaikan dengan kos mencecah £1.25 bilion (RM7.3 bilion). Blaugrana dijangka kembali beraksi di stadium berkenaan pada musim 2025-2026.

Penyokong yang membeli rumput berkenaan turut menerima jaminan bahawa ini memang rumput asli dari Nou Camp.

Langkah ini sedikit sebanyak meringankan beban masalah kewangan yang dihadapi Barcelona sejak beberapa tahun lepas.

Selain cenderamata, Barca juga dikatakan merancang menghasilkan koleksi barang kemas Etern Spotify Nou Camp 1957.

Mundo Deportivo melaporkan barang kemas seperti pin, cincin dan gelang ini bertatahkan berlian dan bakal dihasilkan menggunakan rumput Nou Camp sebagai bahan api.

Barcelona bukan satu-satunya kelab Sepanyol yang menjual rumput stadium mereka sebagai cenderamata. Atletico Madrid dan Athletic Bilbao juga pernah melakukan perkara sama sebelum ini.