Bas Pemain Selangor Diserang
Dunia
Twitter: MalaysiaHariIni
Advertisements

Dalam kegembiraan para pemain Selangor FC mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC semalam, terdapat kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada mereka di luar stadium.

Bas yang membawa pemain-pemain Selangor telah diserang oleh segelintir penyokong pasukan Terengganu. Balingan batu dan kon keselamatan telah menyebabkan kerosakan yang jelas kelihatan pada bas tersebut.

Gambar dan video insiden tersebut telah dikongsikan oleh beberapa akaun media sosial yang mana dalam masa yang sama turut mengharapkan ada tindakan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung insiden memalukan tersebut.

Advertisements

Selain dibaling dengan batu dan pelbagai lagi objek, penyokong Selangor juga terpaksa menunggu waktu yang selamat untuk keluar dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ini kerana penyokong-penyokong Terengganu dilihat sedang menunggu di luar stadium.

Insiden yang memalukan ini terjadi dipercayai atas kegagalan pasukan Terengganu untuk layak ke final Piala Malaysia selepas tewas 2-3 secara agregat kepada Selangor. Walaupun gagal layak ke final, penyokong Terengganu perlu berbangga dengan pencapaian mereka musim ini dengan menjadi naib juara Liga Super dan naib juara Piala FA.

Dengan tewasnya Terengganu, Selangor kini bakal berhadapan dengan juara Liga Super 9 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) di final Piala Malaysia pada 26 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram