Ads
UltraSukan
Sports Affairs

Bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim tidak bersetuju dengan sasaran separuh akhir yang ditetapkan untuk skuad negara pada Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024.

Advertisements

Beliau yang ditemui oleh wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman berkata, sasaran ini dilihat tidak relevan memandangkan status Malaysia sebagai juara bertahan pada edisi dua tahun lalu.

Advertisements

“Kalau kita lihat, sasarannya ke separuh akhir tetapi bagi saya, sasaran itu macam tak relevan kerana kita juara bertahan dan bermain pula di laman sendiri,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Advertisements

Tambah beliau lagi, dengan gabungan pemain senior dan junior yang berpotensi, seharusnya skuad negara diletakkan sasaran untuk layak ke pentas akhir.

“Kemudian, kita juga boleh dikatakan menurunkan pasukan penuh dengan pemain senior.

Advertisements

“Sepatutnya sasarannya perlu ke final kerana kalau kita lihat, pasukan lain tidak menggunakan skuad penuh,” kata bekas pemain berusia 49 tahun itu.

Skuad badminton lelaki negara yang diundi di dalam kumpulan B akan membuka gelanggang menentang Brunei pada Selasa sebelum turun berdepan Kazakhstan keesokan harinya. Chinese Taipei bakal menjadi lawan terakhir Malaysia pada Khamis.

Advertisements

BATC 2024 dijadualkan bermula 13 Februari 2024 sehingga 18 Februari 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam, Selangor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram