Advertisement
Bayern Munich Dimalukan Kelab Divisyen 3 Jerman
Eropah
MakanBola
ESPN

Gergasi Bayern Munich tewas mengejut kepada kelab divisyen ketiga Jerman, Saarbrucken 1-2 dalam aksi pusingan kedua Piala Jerman.

Lebih mengejutkan, Bayern menurunkan barisan pemain terkuat dimiliki mereka seperti Manuel Neuer, Kim Min-jae, Matthijs de Ligt, Alphonso Davies, Joshua Kimmich, Thomas Muller dan Leroy Sane.

Jaringa minit akhir kelab divisyen ketiga Jerman itu dijaringkan oleh Marcel Gaus yang menyaksikan kelab tersebut mencatat sejarah berjaya menewaskan juara 32 kali Bundesliga, Bayern Munich.

Keraian selepas tamatnya perlawanan juga luar biasa apabila ribuan penyokong Saarbrucken serta para pemain bersorak kegembiraan manakala para pemain Bayern kelu tidak terkata ketika itu.

“Ini perkara yang memalukan buat kami. Disingkir kali ketiga diperingkat pusingan kedua bukan apa yang kami mahukan. Tahniah buat pasukan Saarbrucken atas kemenangan ini.” ujar Thomas Muller menurut The Guardian.

Kali terakhir Bayern Munich mendakap Piala DFB Pokal ataupun turut dikenali sebagai Piala Jerman adalah pada tahun 2020 yang lalu.

Saarbrucken juga mengejutkan penyokong sendiri apabila momentum pasukan yang merudum ekoran tewas dua perlawanan sebelum ini berjaya untuk bangkit menewaskan Bayern Munich.

Malah pasukan itu berada ditangga ke-15 liga divisyen 3 ketika ini setelah mengharungi 11 perlawanan.