Bekalan Elektrik TRW Hotel Telah Dipotong?
MakanBola
Kelantan – Pride and Soul
Sponsors

Kemelut kewangan yang melanda Kelantan FC dikatakan semakin buruk apabila bekalan elektrik TRW Hotel sudah dipotong oleh pihak tertentu.

Halaman Kelantan – Pride and Soul mendakwa perkara ini didedahkan sendiri oleh pemain pasukan itu yang tidak dinamakan.

Ad

Sekiranya dakwaan ini benar, kemelut kewangan yang dihadapi The Red Warriors semakin meruncing dan belum menemui jalan penyelesaian yang tuntas.

Ad

Sebelum ini, kelab itu sudah dibayangi dengan isu tunggakan gaji membabitkan ramai pemain baik pemain tempatan mahupun pemain import.

Ad

Ini mengakibatkan ramai pemain meninggalkan kelab akibat isu tersebut. Isu sama juga mengakibatkan lesen kebangsaan untuk musim 2024-2025 yang sepatutnya diberi kepada Kelantan digantung oleh First Instance Body (FIB).

Ad

Susulan itu, kelab telah diberi tempoh sehingga 30 November lepas untuk menyelesaikan semua isu tunggakan gaji yang dibangkitkan oleh FIB.

Biarpun semua dokumen telah diserahkan kepada FIB untuk penilaian selanjutnya pada tarikh tersebut, berita terbaru ini menimbulkan kebimbangan tentang situasi sebenar kewangan skuad Kijang.

Justeru, pemilik pasukan, Norizam Tukiman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan, Ahmad Muzakkir Hamid perlu tampil dan menjelaskan dakwaan tersebut.