Advertising
Bekas Arkitek Terengganu, Marin Pilj Sertai HNK Vukovar 1991
MakanBola
Terengganu FC

Bekas pemain tengah Terengganu FC, Marin Pilj telah mendapat kelab baru selepas kembali ke Croatia.

Semakan di Transfermarkt mendapati pemain tengah berusia 28 tahun itu telah menyertai HNK Vukovar 1991 pada 29 Januari lalu.

Ad

Pilj menjadi sebahagian daripada tujuh pemain baru yang menyertai kelab divisyen dua Croatia itu dalam tetingkap perpindahan Januari.

Ad

Selain bekas pemain tengah Peteh itu, Vukovar turut merekrut Torles Knoll, Marino Bulat, Aleksandar Vukanovic, Andre Pozgain, Hussain Yousef Al-Taha dan Andjelo Kordic.

Pasukan itu kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk kem mini pra-musim sebelum mengharungi aksi menentang NK Rudes pada 15 Februari.

Ad

Vukovar bakal menutup kem mini pra-musim mereka dengan menentang kelab Uzbekistan, FC Navbahor di Dubai pada 1 Februari.

Ad

Pilj merekodkan 17 penampilan, tiga gol dan satu bantuan gol bersama Terengganu sebelum meninggalkan pasukan itu pada November 2024.

Ad