Bekas Bintang England Amalkan Makan Kaki Ayam Untuk Kekal Mantap
Eropah
England FA / Cats FM
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan England, Andros Townsend baru-baru ini telah berkongsi apa yang diamalkannya supaya kekal cergas di usia 32 tahun..

Antara makanan yang diamalkan pemain Luton Town itu adalah kaki ayam. Pada pendapat Townsend, kaki ayam mempunyai banyak khasiat termasuk kolagen yang akan membantu dirinya kekal bertenaga.

“Setiap malam untuk makan malam, saya akan makan kaki ayam. Kaki ayam yang dikukus. Kolagen dalam kaki ayam, ada tulang rawan, yang mempunyai banyak kebaikan,” jelas Townsend seperti dikongsikan di laman X Eurofoot.

Advertisements

Dalam pada itu, Townsend juga mengesahkan bahawa kolagen yang ada di kaki ayam itu telah digunakan untuk penghasilan suplemen prestasi dan juga suntikan.

“Mereka malah memasukkannya ke dalam pil prestasi dan suntikan sekarang. Berbeza dengan saya, saya memesan kaki ayam dalam jumlah yang besar. Anda boleh rebus, tetapi saya pilih untuk kukuskannya bagi tempoh 20 minit. Sedap macam kepak ayam,” katanya lagi.

Andros Townsend bukanlah nama yang asing dalam bola sepak England. Bekas pemain Tottenham Hotspur ini telah mengumpul 13 penampilan bersama skuad kebangsaan England dan telah meledak tiga gol di peringkat antarabangsa.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram