Advertisements
Bekas Bintang Real Madrid, Jese Rodriguez Sertai JDT?
Transfer
MakanBola
Real Madrid CF

Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez dilaporkan dalam perjalanan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain berusia 31 tahun itu telah bergelar ejen bebas selepas meninggalkan kelab Brazil, Coritiba FC pada awal tahun ini.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam kancah bola sepak Eropah apabila pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti PSG, Real Madrid, Real Betis dan banyak lagi.

Laporan daripada Marca menyebut bahawa tonggak kelahiran Sepanyol itu bakal menyertai kelab ke-10 dalam kariernya iaitu jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Jesé Rodriguez kembali merantau. Beliau
bakal menyertai pasukan kesepuluh dalam kariernya pada usia 31 tahun dan nasib yang anda tidak akan pernah bayangkan.

“Beliau akan menjadi pemain bintang di Liga Malaysia,” jelas Marca.

Hantaran tersebut juga telah mendapat tanda suka oleh pemilik kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Bekas pemain Sepanyol B-23 itu telah merekodkan 80 gol dan 48 bantuan gol dalam 347 penampilan selain boleh beraksi sebagai pemain sayap atau penyerang utama.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai perpindahan pemain ini daripada pihak kelab atau pemain itu sendiri.