Eropah
Getty Images
Advertisements

Bekas bintang Real Madrid, Isco Alarcón kini sudah 7 bulan bergelar ejen bebas tanpa kelab setelah Isco menamatkan kontrak bersama Sevilla pada Disember 2022 yang lalu. Isco berjaya memenangi 5 kali kejuaraan UCL sepanjang 9 tahun bersama Real Madrid.

Nilai pasaran Isco dahulu pernah mencecah €90 juta sewaktu Isco menikmati musim yang cemerlang pada tahun 2018. Malah kelab seteru, Barcelona pernah ingin mendapatkan khidmat beliau.

isco Bekas Bintang Real Madrid Sudah 7 Bulan Menganggur Tanpa Kelab
Isco bersama trofi UCL

Selepas meninggalkan Real Madrid, Isco menyertai Sevilla atas pengaruh Julen Lopetegui. Namun setelah Lopetegui menyertai kelab Wolves, Monchi selaku pengarah sukan Sevilla secara tiba-tiba mahu Isco meninggalkan kelab dengan segera.

Advertisements

Monchi didakwa menyuruh ejen kepada Isco untuk mencari kelab baharu tanpa pengetahuan dan perbincangan bersama Isco.

Monchi dan Isco

Konflik Isco dan Monchi juga semakin memburuk apabila Monchi cuba menyerang Isco sehinggakan pengawal keselamatan terpaksa meleraikan pergaduhan mereka berdua menurut laporan The Sun.

Isco hanya bertahan 4 bulan bersama kelab Sevilla. Pemain kelahiran Sepanyol ini juga hampir menyertai Union Berlin pada Januari 2023 namun perpindahan tersebut gagal dimuktamadkan.

Advertisements

Kini Isco Alarcón yang berusia 31 tahun sudah 7 bulan bergelar ejen bebas dan masih belum menanda tangani kontrak bersama mana-mana pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram