Advertisement

Follow us:

Bekas Bintang Sabah, Taiki Kagayama Sertai Samgurali Di Georgia

Taiki Kagayama Veikkausliiga Bekas Bintang Sabah, Taiki Kagayama Sertai Samgurali Di Georgia
Veikkausliiga
Azim Noor
@mohdazim45
12:32pm 28/02/2023
Pivo

Dengan Park Tae-soo dan Saddil Ramdani dikekalkan sebagai awang import Sabah musim 2023, ramai tertanya-tanya pasukan seterusnya yang diwakili Taiki Kagayama. Hari ini, penyerang import Jepun itu mendedahkan pasukan barunya iaitu FC Samgurali (Georgia).

Dalam hantarannya di Instagram, Kagayama merasa gembira dapat menyertai Samgurali yang merupakan antara kelab terbesar di negara itu. Dia berharap kehadirannya itu dapat merealisasikan matlamat besar pasukan untuk musim baru Erovnuli Liga.

Sepanjang bersama skuad Badak musim lepas, Kagayama menjaringkan lima gol. Dia turut membantu pasukan menggondol tempat ketiga Liga Super musim 2022.

Sebaik pengumuman itu dimuatnaik di laman Instagramnya, ramai rakan dan personaliti mengucapkan selamat berjaya kepada bekas penyerang Inter Turku itu.

Antara yang mengucapkan selamat maju jaya ialah pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin dan personaliti televisyen Sabah, Farish Aziz.