Bekas Import JDT Beri Pujian Tertinggi Kepada Terengganu
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo memberikan pujian tertinggi kepada pencabar pasukannya, Terengganu FC.

Pemain kelahiran Brazil itu berkelana hampir beberapa musim di Malaysia bersama skuad Harimau Selatan dan berjaya merekodkan jumlah jaringan yang memberangsangkan.

Ad

Menerusi satu temu bual bersama media Thailand, Think Curve, beliau menganggap terdapat beberapa caabran hebat yang perlu ditempuhi untuk beraksi di Liga Malaysia.

Ad

Antara perkara yang disentuh oleh beliau adalah keadaan padang yang kurang memuaskan sekaligus merencatkan permainan sebenar yang perlu ditampilkan.

“Keadaan stadium adalah perkara lain. Johor mempunyai stadium yang hebat. Tetapi kadangkala bermain di tempat lawan di luar rumah anda sukar bermain bola sepak sebenar.”

“Pada pemain tidak dapat melakukannya kerana keadaan padang tidak baik. Semasa saya bermain untuk Johor, kami banyak bercakap tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya mereka harus mempunyai stadium yang bagus. Biarkan pemain bola sepak bermain bersama.”

Ad

Beliau juga sempat memberikan pujian kepada pasukan Terengganu yang memiliki fasiliti dan keadaan padang yang amat baik.

Ad

“Sekarang ini hanya ada Johor dan Terengganu, dua pasukan yang mempunyai stadium yang bagus. Ini adalah kelemahan Liga Super Malaysia. Kalau bercakap tentang stadium di Thailand, mungkin ada 2-3 stadium yang tidak berapa bagus. Tetapi anda masih boleh bermain. Akan tetapi, dalam liga Malaysia di sesetengah stadium adalah mustahil untuk bermain bola sepak,” ujarnya kepada Think Curve.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil dengan solusi untuk membantu pasukan di Malaysia dengan memberikan geram berjumlah RM500 ribu bagi membaiki sistem saliran dan juga penukaran padang sedia ada.

Inisiatif ini disambut baik oleh Terengganu yang turut mahu memanfaatkan tawaran yang diberikan oleh KBS dan MFL.

Menerusi satu penjelasan terperinci oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, beliau memberitahu bahawa terdapat beberapa perlara yang menyebabkan pihaknya turur memohon geran tersebut.

“Sebenarnya tiada apa yang perlu terkejut. Sewaktu Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 di Sunway Big Box Hotel, Iskandar Puteri pada 9 Januari 2024 yang lalu, saya turut mengambil peluang bertanyakan soalan dalam sidang mesyuarat ini.”

“Antara yang saya timbulkan adalah padang untuk Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak perlu untuk ditukar dengan rumput Zeon Zoysia. Rumput Princess Bermuda 77 yang ada sekarang ini sudah cukup memadai untuk dikekalkan dan ia juga sumbangan daripada pihak Malaysian Football League (MFL) dan Tunku Mahkota Johor.”

“Walaupun begitu, jika geran KBS ini boleh dimanfaatkan untuk kami upgrade padang ini, ia satu peluang yang cukup baik untuk objektif yang sama. Saya dimaklumkan dalam mesyuarat itu untuk cuba dahulu memohon atas semangat objektif yang sama.”