Bekas Jurulatih England Hanya Ada Masa Satu Tahun Untuk Hidup
Eropah
affmitsubishielectriccup
Advertisements

Bekas pengendali England, Sven-Göran Eriksson telah mendedahkan dia telah didiagnosis menghidap kanser terminal dan mempunyai masa satu tahun sahaja lagi untuk hidup.

Kali terakhir Eriksson memegang jawatan dalam arena bola sepak adalah kira-kira 11 bulan yang lalu apabila menjadi Pengarah Sukan kelab dari Sweden, Karlstad. Namun beliau terpaksa berundur kerana masalah kesihatan.

“Semua orang boleh melihat bahawa saya mempunyai penyakit yang tidak baik, dan semua orang menganggap bahawa ianya adalah kanser, dan ternyata benar. Tetapi saya perlu melawannya selagi hidup.

Advertisements

“Jika keadaan membaik, mungkin ianya setahun (masa untuk hidup), jika ianya memburuk mungkin lebih awal dari setahun. Jika dalam keadaan yang sangat baik mungkin boleh hidup lebih lama lagi. Saya tidak fikir doktor yang saya ada boleh benar-benar yakin,” jelas Eriksson kepada satu stesen radio.

Kanser itu dikesan ada di dalam badan Eriksson selepas dia rebah tanpa sebarang tanda-tanda. Sehari sebelumnya, Eriksson telah melakukan larian sejauh lima kilometer. Dia juga diberitahu bahawa turut diserang strok.

Selepas melepaskan jawatan daripada kerusi jurulatih England, Eriksson meneruskan karier dengan menjadi jurulatih Manchester City selama satu musim apabila Thaksin Shinawatra menjadi pemilik pada 2007-2008 sebelum mengendalikan Mexico, Ivory Coast dan Leicester.

Advertisements

Dia juga sempat berkelana di China antara 2013 dan 2017 bagi melatih dua kelab iaitu Shanghai SIPG dan Shenzhen FC sebelum mencipta kejutan melatih skuad kebangsaan Filipina.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram