Bekas Jurulatih Sabah Bakal ‘Tawan’ Cesc Fabregas
Dunia
Como & Sabah FC
Advertisements

Bekas jurulatih pasukan Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto kini berpeluang untuk bertentang mata dengan bekas pemenang Piala Dunia 2010, Cesc Fabregas.

Bekas bintang Indonesia itu kini sedang bertugas sebagai pembantu jurulatih bagi salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan divisyen kedua di Itali iaitu Como.

Sebelum ini, jurulatih berusia 43 tahun itu pernah memuat naik satu hantaran di Instagramnya ketika berkesempatan untuk melawat Stadio Giuseppe Sinigaglia.

Advertisements

Beliau turut sempat bergambar bersama pengarah teknikal kelab, Dennis Wise.

Walau bagaimanapun, kini beliau berpeluang untuk melatih salah seorang pemain terbaik dunia apabila bekas bintang Chelsea itu telah mengumumkan penyertaannya ke Como baru-baru ini.


Pemain berusia 34 tahun itu melengkapkan perpindahan beliau ke kelab Itali itu sebagai pemain dan juga menjadi sebahagian daripada pemegang saham kelab.

Advertisements

Jelas Fabregas, beliau amat teruja untuk bergabung dengan Como dan sudah pun mula menjalani latihan.

“Saya gembira dan berbangga untuk menyertai Como bagi dua tahun mendatang dan juga menjadi sebahagian pemegang saham kelab.”

“Projek di kelab ini cukup mengujakan dan saya tidak sabar untuk memulakannya,” jelas Fabregas di Instagramnya.

Advertisements

Sebagai info, Como 1907 merupakan sebuah kelab yang berpangkalan di Lombardy, Italy. 

Kelab ini kini dimiliki oleh salah sebuah syarikat Indonesia, PT Djarum milik salah seorang ahli perniagaan tempatan, Oei Wie Gwan yang mengusahakan perniagaan dalam bidang tembakau.

Kurniawan mendapat peluang yang terbaik untuk melatih pemain berkelas dunia itu yang sudah pasti akan memberi impak yang cukup besar buat pasukan.

Advertisements

Dalam saingan Serie B musim lalu, Como menamatkan saingan pada tangga ke-13 daripada 20 pasukan yang bertanding.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram