Bekas Jurulatih Wigan, Roberto Martinez Dicanang Kemudi Barcelona
Eropah
Portugal
Advertisements

Pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona kini dilaporkan mahu mendapatkan khidmat bekas jurulatih Wigan Athletic, Roberto Martinez.

Perkara ini dikongsikan oleh Football Transfer yang menyatakan bahwa jurulatih berusia 50 tahun ini dikaitkan menjadi pilihan bagi mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Xavi Hernandez musim bahru nanti.

Roberto Martinez bakal diberi kontrak setahun dan mempunyai pilihan untuk sambung lagi setahun bersama The Catalan seperti yang dilaporkan.

Advertisements

Walaubagaimanapun, ketika ini beliau masih mengemudi skuad kebangsaan Portugal. Fokus utama jurulatih berusia 50 tahun ini adalah kelayakan Euro 2024.

Sejak menyertai skuad kebangsaan Portugal pada Januari 2023, beliau cemerlang mengemudi Portugal apabila mencatatkan 10 kemenangan dalam 10 perlawanan. 36 gol berjaya dihasilkan dan hanya 2 gol dibolosi.

Roberto Martinez juga antara jurulatih yang mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak, beliau mengemudi skuad generasi emas Belgium bermula tahun 2016 sehingga 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram