Advertising
Bekas Pemain Barcelona Dihumban Ke Penjara
Eropah
MakanBola
FC Barcelona

Malang menimpa nasib bekas pemain Barcelona apabila bakal dihumban ke penjara setelah didapati bersalah oleh pihak mahkamah Barcelona.

Dani Alves dulu pernah menjadi sebutan ramai setelah muncul menjadi antara pemain yang paling banyak memenangi trofi dalam karier bola sepak sebanyak 43 trofi.

Ad

Namun kini beliau bakal menerima hukuman penjara selama 4 tahun setengah setelah bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita pada tahun 2022.

Ad

Bekas bintang Barcelona ini telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang wanita di dalam tandas sebuah kelab malam.

Dani Alves kemudian mengakui melakukan perkara tersebut tetapi memaklumkan bahawa perbuatan itu dilakukan secara sukarela dan menegaskan dirinya tidak bersalah kepada mahkamah.

Ad

Namun pihak mahkamah memutuskan Dani Alves bersalah dan turut mengarahkan agar beliau menjauhkan diri dari mendekati mangsa selama 9 tahun setengah dan membayar sebanyak RM780,000 kepada mangsa tersebut menurut Daily Mail.

Ad

Dani Alves yang kini berusia 40 tahun pernah membarisi beberapa pasukan hebat sepanjang bergelar pemain bola sepak seperti Barcelona, Sevilla, Juventus, PSG dan juga San Paulo.

Ad

Malah Dani Alves merupakan pemain tertua yang mewakili pasukan Brazil dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.