Bekas Pemain Besiktas Dikaitkan Ke Kelab Liga Malaysia
Transfer
AFC
Advertisements

Kapten B23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov dikhabarkan akan beraksi di kelab Malaysia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.

Menurut laporan daripada wartawan Fadhirul Shuhaimi, ada dua pasukan kelab Liga Super yang berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu.

Sejak diberi peluang membuat kemunculan pertama bersama kelab Neftchi pada 2021, beliau telah beraksi 61 penampilan di Liga Premier Kyrgyz dan merekodkan 4 gol, 11 bantuan gol.

Advertisements

Pemain pertahanan itu juga pernah beraksi di kelab eropah seperti di kelab Besiktas U-19 dan Dukla Prague B dengan 16 penampilan sekitar tahun 2020-2021.

Untuk makluman, beberapa pasukan daripada kelab Liga Super telahpun mengumumkan perpindahan pemain baharu mereka antaranya pasukan Johor Darul Ta’zim mengambil pemain import Jalil Elias yang merupakan pemain antarabangsa Syria.

Advertisements

Walau bagaimanapun, dua pasukan Liga Super yang berminat untuk mengambil khidmat beliau itu belum dikenal pasti. Jendela perpindahan pentas Liga Super 2024/25 dijadualkan akan bermula pada bulan Februari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram