Khabar yang agak mendukacitakan telah dikongsikan oleh pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ selepas keadaan pusat latihan JDT dinaiki air.
Baginda berkongsikan keadaan ini menerusi laman Instagram menerusi beberapa keping foto yang memaparkan keadaan Pusat Latihan Tertutup Padang Seri Gelam.
Keadaan ini berlaku susulan musim tengkjuh yang sedang melanda beberapa buah negeri sekaligus menyaksikan beberapa fasiliti di JDT dinaiki air.
Pusat latihan tertutup ini membolehkan skuad JDT berlatih dalam keadaan terbaik sungguhpun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Situasi ini bagaimanapun dijangka tidak merencatkan beberapa kemudahan bertaraf antarabangsa lain seperti pusat gimnasium dan peralatan lain.

Sebelum ini, keadaan cuaca yang tidak menentu juga difahamkan telah melanda kawasan sekitar dengan beberapa kawasan di Iskandar Puteri sudah dinaiki air.
Sungguhpun begitu, keadaan ini tidak menjejaskan pemain disebabkan saingan Liga Super 2023 sudah pun tamat dengan 13 orang pemain JDT dipanggil bagi memantapkan skuad negara di Piala Asia 2023.