Tano Solari: Mulai Hari Ini JDT Ada Peminat Baru
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023, Esteban Solari baru-baru ini telah disahkan sebagai salah seorang staf kejurulatihan yang tidak disambung khidmatnya untuk musim hadapan.

Dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya, Solari telah mencoret ungkapan perpisahan buat JDT terutamanya kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ.

“Hari ini tahun yang indah (2023) telah berakhir. Penuh pembelajaran dan pengalaman. Juga mengakhiri sejarah yang luar biasa untuk kelab di mana saya dapat bekerja dan membangunkan idea dan disokong oleh kakitangan profesional yang hebat.

Advertisements

“Dan apa yang saya rasa hari ini adalah rasa syukur yang mendalam. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada @hrhcrownprinceofjohor atas peluang, sokongan dan kebebasan untuk bekerja. Juga kerana mempercayai projek kami. Bersama kita mencipta sejarah.

“Terima kasih kepada pemain atas komitmen, profesionalisme dan rasa hormat. Saya telah belajar banyak daripada anda semua sepanjang tahun ini.

Advertisements

“Dan terutamanya saya ingin berterima kasih kepada para penyokong. Saya berasa disayangi dari hari pertama. dan sepanjang jalan. Ini adalah hadiah terbesar saya,” coret Solari dalam satu hantaran di Instagram.

Jurulatih berusia 43 tahun itu juga menganggap dirinya kini merupakan salah seorang penyokong JDT yang baru walaupun memilih haluan yang berbeza.

Advertisements

“Hari ini kita mengambil jalan yang berbeza tetapi hati saya tetap ditanam di negara anda yang indah. Terima kasih JDT, mulai hari ini anda mempunyai peminat baru. Tano Solari,” coretnya lagi mengakhiri ucapan.

Pada musim hadapan, JDT akan dilatih oleh bekas jurulatih mereka, Hector Bidoglio yang memegang jawatan sebagai Pengarah Teknikal untuk musim 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram