Dunia
SUFC
Advertisements

Masalah tunggakan gaji yang menimpa bekas-bekas pemain Sarawak United FC (SUFC) seperti tiada penghujung kerana dikhabarkan perkara tersebut masih lagi belum selesai sehingga kini. Selepas sekian lama bersabar, beberapa pemain Sarawak United mula menyerang Facebook Sarawak United.

Antara pemain yang meninggalkan komen di Facebook SUFC adalah bekas pemain import dari Australia, Taylor Regan dan pemain kacukan Malaysia-England, Stuart Wark. Taylor pernah beraksi bersama SUFC pada musim 2021 manakala Stuart Wark pula bersama SUFC untuk dua musim iaitu pada musim 2021 dan 2022.

Tinjauan di ruangan komen Facebook SUFC menyaksikan Taylor mengucapkan tahniah kepada pasukan SUFC di atas kemenangan pasukan itu dalam aksi Liga M3 menentang Naga UKS FC namun dalam masa yang sama menuntut tunggakan gajinya yang dikatakan tidak dibayar untuk 10 bulan.

Advertisements
taylor salary Bekas Pemain Lancar Serangan Di Facebook Sarawak United
Luahan Taylor Regan di ruangan komen Facebook SUFC

Dalam pada itu, Stuart Wark juga tidak ketinggalan mengingatkan pengurusan SUFC untuk membayar tunggakan gajinya yang masih belum selesai sehingga kini. Stuart yang kini beraksi bersama Kasetsart FC di Liga 2 Thailand dikatakan masih belum menerima 3 bulan tunggakan gaji dari SUFC.

Disebabkan masalah tunggakan gaji yang berlarutan ini, SUFC kini sedang menanti hukuman dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan akan dimaklumkan kepada ahli gabungan mereka iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Buat masa ini, SUFC hanya dikenakan tindakan sekatan pendaftaran pemain baharu dan pemain-pemain yang beraksi untuk mereka musim ini adalah pemain-pemain yang mahu terus kekal walaupun pasukan telah turun ke Liga M3.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram