Bekas Pemain Liga Portugal, Cleylton Kini Milik Kedah
Transfer
KDA FC
Advertisements

Bek tengah Brazil, Cleylton sah menjadi pemain import terbaru yang menyertai pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Perpindahan bek tengah berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial mereka hari ini.

Kehadiran bekas bek tengah Belenenses itu dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan bek tengah Serbia, Bojan Ciger.

Advertisements

Khidmat Ciger tidak dikekalkan pengurusan KDA FC untuk musim 2024/25 selepas merekodkan 28 penampilan bersama pasukan itu pada 2023.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan José Cleylton de Morais dos Santos, pemain berasal dari Fortaleza, Brazil, beraksi bersama pasukan Ipatinga FC musim lepas, mengisi posisi pertahanan tengah Sang Kenari.

“Pemain berusia 31 tahun yang mesra dipanggil Cleylton ini memulakan karier bersama pasukan Sao Paolo di Liga Brazil, pernah beraksi suatu ketika di Asia dan merupakan rakan sepasukan dengan Habib Haroon ketika di Bahrain.

Advertisements

“Berketinggian 1.90 meter, fizikal yang sesuai untuk mengemudi bahagian tengah pasukan yang memerlukan suntikan pemain import di bahagian pertahanan.

“Kehadiran beliau akan memperkuatkan benteng terakhir bergandingan dengan pemain tempatan berpengalaman seperti Rizal Ghazali, Wan Amirul Afiq, Akmal Md Zahir dan Ariff Farhan,” kata pengurusan Kedah dalam satu kenyataan.

Cleylton atau nama sebenarnya José Cleylton de Morais dos Santos menjadi pemain import terbaru Sang Kenari selepas Habib Haroon, Sony Norde, Sukhrob Nurullaev dan Milos Gordic.

Advertisements

Bek tengah Brazil itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas jam 8.10 malam ini.

Ramai penyokong Kedah menjangkakan beliau akan diturunkan untuk kejohanan pra-musim empat sebelah yang berlangsung di Kuala Terengganu pada minggu hadapan. Kejohanan ini menampilkan Terengganu FC, Terengganu II, Sang Kenari dan Penang FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram