Bekas Pemenang Puskás Harap FAM Hantar Video Gol Safawi Rasid Ke FIFA
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Jaringan berkelas dunia yang dilakukan oleh pemain bintang negara, Safawi Rasid sudah pun menjadi bualan seantero dunia tatkala banyak mata yang terpesona melihat keunikan gol tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu mencatat nama selaku penjaring gol ketiga skuad kebangsaan Harimau Malaya pada minit ke-77 namun ia dianggap satu fenomena dengan tiga sentuhan luar biasa yang dilakukan oleh pemain JDT ini.

Gol ini sudah pun tular di media sosial sehingga terdapat media antarabangsa yang mahu jaringan ini dicalonkan ke Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisements

Perkara ini senada dengan kenyataan oleh bekas pemenang Anugerah Puskas FIFA, Faiz Subri yang berbesar hati sekiranya gol yang dijaringkan Safawi itu dapat dihantar sebagai pencalonan ke FIFA.

“Saya tengok jaringan Safawi itu amat cantik, bukan mudah untuk ada ketenangan seperti itu untuk menjaringkan gol.”

“Kalau ikutkan kriteria yang ditetapkan oleh FIFA, saya rasa jaringan tersebut layak untuk dicalonkan, namun semuanya terpulang kepada FAM sama ada mahu menghantar video tersebut atau tidak,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Lagenda Penang ini berharap akan ada banyak lagi jaringan yang boleh dicalonkan ke FIFA daripada pemain bola sepak di Malaysia.

Beliau yang kini menjadi duta kepada pasukan Penang ini kekal menjadi satu-satunya pemain dari rantau ini yang meraih anugerah berprestij tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram