Bekas Penggempur Liga Korea Berpotensi Susuli Alvin Fortes
Transfer
Nakhonphatom/Selangor FC
Advertisements

Bekas penjaring handalan Liga Korea, Samuel Nnamani berpeluang menyusuli langkah pemain sayap baru Selangor FC, Alvin Fortes.

Pemain kelahiran Nigeria itu kali terakhir beraksi buat Liga 1 Thailand, Nakhonpathom namun hanya bertahan setengah jalan.

Beliau sempat beraksi tiga perlawanan dan menjaringkan satu gol sepanjang hampir 6 bulan bersama pasukan.

Advertisements

Bekas pemain Liga Vietnam ini kini berstatus ejen bebas setelah berpisah dengan pasukan Februari lalu.

Nnamani memiliki pengalaman yang cukup luas selepas pernah beraksi bersama beberapa kelab divisyen dua Serbia dan Sweden sebelum membawa haluan ke Asia.

Pemain berusia 28 tahun itu pernah beraksi bersama kelab jaguh Korea Selatan, Jeonnam Dragons sebanyak 57 perlawanan dan menjaringkan 7 gol.

Advertisements

Selain itu, ketika beraksi di Sweden, beliau memiliki rekod jaringan yang amat baik apabila menjaringkan 25 gol dalam 55 perlawanan menurut laman Transfermarkt.

Kemasukan Alvin Fortes yang juga bekas pemain Ratchaburi FC membuka peluang untuk lebih ramai pemain dari Liga Thailand untuk ke Liga Super Malaysia musim 2024/25.

Jendela perpindahan pertama juga masih dibuka hingga Mei 2024 memungkinkan beberapa pasukan untuk memburu khidmat Nnamani.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram