Bekas Penjaga Gol Kebangsaan Iran Sertai Kelab Pantai Timur
Transfer
Aliakbar
Advertisements

Liga Malaysia bakal dirancakkan dengan kelibat penjaga gol berprofil tinggi yang mengesahkan ketibaannya ke sebuah kelab Pantai Timur.

Pemain berusia 25 tahun itu memiliki pengalaman yang agak luas di pentas bola sepak antarabangsa dan menjadi rekrut terbaru pasukan untuk keluar dari zon penyingkiran.

Penjaga gol tinggi lampai ini ditagih untuk membantu masalah gawang gol pasukan yang kerap kali dibolosi dengan mudah oleh lawan di Liga Super.

Advertisements

Pemain ini merujuk kepada Aliakbar Ahmadi yang kini secara rasminya melengkapkan perpindahan ke Kelantan FC.

Beliau sebelum ini beraksi di Iran bersama Vahdat Aghasht dan juga pernah bersama beberapa pasukan sebelum ini.

Aliakbar memiliki pengalaman beraksi di pentas antarabangsa bersama pasukan bawah 16 dan 19 tahun Iran.

Advertisements

Beliau juga pernah beraksi di Malaysia bersama Frenz United sekitar tahun 2015.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram