Advertising
Bekas Penyerang Berbisa Kelantan Masih Rindukan Pasukan?
MakanBola
TRW Kelantan FC

Bekas penyerang berbisa pasukan Kelantan FC, Nixon Guylherme Brizolara mengakui beliau masih rindukan aura luar biasa di Kota Bharu.

Penyerang kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama buat jentera serangan The Red Warriors musim lalu namun terpalit dengan beberapa siri kecederaan.

Ad

Beliau akhirnya tidak dapat meneruskan aksi bersama pasukan dan kini tidak lagi berada dalam senarai import di bawah kendalian Choi Moon-sik.

Ad

Walau bagaimanapun, beliau seakan-akan menberi bayangan bahawa kerinduan terhadap pasukan tidak pernah terpadam.

Nixon ada memuat baik satu hantaran di laman Instagramnya sambil memberitahu bahawa beliau rindukan suasana tersebut.

Ad

“Saya rindukan ini, perasaan terbaik yang saya miliki.”

Ad

Kata-kata ini juga tidak dapat dipastikan sama ada beliau masih merindui aksi di atas padang susulan beberapa kecederaan yang menimpanya atau mahu memaklumkan bahawa beliau rindu dengan aura penyokong di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Ad
C0B1B689 4E3C 42F3 90BA 4C3A62760235 Bekas Penyerang Berbisa Kelantan Masih Rindukan Pasukan?
IG: Nixon Guilherme

Ketika ini, beliau kelihatan masih berada di Malaysia menerusi beberapa hantaran di laman Instagramnya sambil dikaitkan bakal mengisi kuota import pasukan Negeri Sembilan.

Namun begitu, masih tiada pengumuman rasmi mengenai hala tuju kedua-dua pihak setakat ini.