Bekas Penyerang Juventus Ledak Hatrik, Selangor Selangkah Ke Asia
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Bekas penyerang berbisa Juventus, Richmond Boakye terus mempamerkan bisanya di Liga Super apabila meledak hatrik berdepan Kelantan FC ketika menang 11-2.

Kebangkitan luar biasa anak didik Tan Cheng Hoe bermula apabila ketinggalan 2-0 di tempat lawan sebelum membedil 4 gol pada babak pertama.

Penyerang berusia 30 tahun itu mula mengganas pada babak kedua permainan apabila mula menemui rentak pada minit ke-46.

Advertisements

Beliau kemudiannya terus membantu jentera serangan The Red Giants untuk berpesta gol di Kota Bharu.

Bekas bintang Red Star Belgrade di Serbia itu merekodkan gol kedua dan hatrik masing-masing pada minit ke-78 dan 86 untuk melengkapkan malam gemilang Selangor.

Advertisements

Jaringan itu menyaksikan beliau kini merakam gol ke-5 sejak menyertai Selangor pada jendela perpindahan kedua.

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan pasukan di tangga kedua Liga Super 2023 dengan 49 mata, 6 mata dipisahkan dengan pasukan tangga ke-3, Kedah Darul Aman.

Advertisements

Kedah bagaimanapun memiliki kelebihan dua aksi dalam tangan dan mampu mengejar kedudukan Selangor yang jelas berusaha keras untuk beraksi di Asia musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram