Bekas Penyerang Malaysia Puji Kualiti Saddil Ramdani
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Bekas penyerang Malaysia, Nizaruddin Yusof memuji kualiti yang dimiliki pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani bila mengeksploitasi ruang kosong pertahanan lawan.

Kualiti ini terserlah bukan saja dalam Liga Malaysia (Liga M). Malah, kualiti sama dapat dilihat dalam aksi Piala AFC.

Bagi Nizaruddin, kualiti ini banyak dibantu oleh Darren Lok yang mencipta ruang kosong di belakangnya.

Advertisements

Ini membolehkan bekas pemain sayap Sri Pahang FC itu memiliki pilihan sama ada menjaringkan gol atau membuat hantaran merbahaya kepada pemain-pemain Sabah.

Mengikut statistik Transfermarkt, Saddil sudah menjaringkan enam gol dan 10 bantuan gol dalam semua kejohanan Liga M.

Advertisements

“Apabila Darren Lok bergerak di hadapan, kita boleh nampak dalam perlawanan tempoh hari Saddil Ramdani, dia bila dapat bola akan masuk ke dalam (kotak penalti).

“Hanya beberapa ketika saja dia akan membuat hantaran. Jadi, peranan yang dimainkan Darren Lok amat penting dan besar dalam perlawanan terakhir.

Advertisements

“Seperti yang Keesh cakap, Saddil Ramdani menjiwai perlawanan itu dengan baik. Dan saya rasa itu satu taktikal yang bagus dari Sabah dari perlawanan tempoh hari (menentang PSM Makassar),” katanya semasa menjadi panel perlawanan Sabah-Hai Phong di Astro Arena.

Kualiti yang dimiliki pemain sayap Indonesia itu diharap dapat membantu Sabah menghambat Sri Pahang yang menduduki kedudukan keempat dalam liga.

Advertisements

Perlawanan skuad Badak seterusnya ialah menentang Kelantan di Kota Bharu pada 3 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram