Bekas Pertahanan La Liga, Miguel Cifuentes Rasmi Sertai Kelantan
Transfer
Malaga CF
Advertisements

Bekas pemain pertahanan La Liga, Miguel Cifuentes secara rasminya menyertai gergasi Pantai Timur, Kelantan FCz

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan antara pemain berprofil tinggi yang pernah dimaklumkan oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham akan memperkuatkan pasukan.

Hal ini telah pun disahkan olehnya sendiri apabila pemain kelahiran Sepanyol itu secara rasminya bakal mengisi kuota import The Red Warriors bagi musim 2023.

Advertisements

Berdasarkan rekod lalunya, Kelantan merupakan kelab pertama dari Asia yang disertai oleh Cifuentes.

Beliau sebelum ini banyak menghabiskan kariernya di Sepanyol termasuklah beraksi bersama beberapa buah kelab seperti Elche, Malaga, Girona dan lain lagi.

Advertisements

Beliau juga merupakan produk akademi bola sepak Elche dan pernah membantu Elche B menjuarai Liga Segunda pada musim 2012-13.

Cifuentes memiliki kelebihan untuk beraksi pada posisi pertahanan kanan dan juga sayap kanan bakal memberi kelebihan kepada Kelantan.

Advertisements

Beliau juga mempunyai pengalaman La Liga apabila menyertai Malaga CF selama 5 tahun dan telah menjaringkan 4 gol dalam 60 penampilan.

Pengalaman dan kudratnya sudah tentu ditagih oleh pengendali pasukan, Choi Moon Sik bagi membentuk barisan terbaik untuk sekurang-kurangnya memberi saingan awngit dalam Liga Super 2023.

Advertisements

Kelantan hadir ke Luga Super berbekalkan kejayaan menduduki tangga kedua Liga Premier selain layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram