Advertisements
Bekas Presiden Bola Sepak Sepanyol Bakal Dipenjara
Dunia
MakanBola
Seleccion Espanola de Futbol

Bekas Presiden Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales berdepan penjara dua tahun setengah dengan tindakannya mencium pemain bola sepak wanita.

Kejadian itu berlaku ketika perlawanan akhir Piala Dunia Wanita semasa pemberian anugerah. Pemain tersebut bernama Jenni Hermoso merupakan penyerang wanita kebangsaan Sepanyol.

Memetik laporan BBC, Rubiales didakwa dengan dua tuduhan iaitu serangan seksual dan paksaan atas tindakannya selepas ciuman itu.

Jenni Hermoso, berusia 33 tahun mengesahkan bahwa kejadian itu tanpa kehendaknya dan ianya secara dipaksa. Namun, Luis Rubiales menyatakan ianya atas pertujuan pemain itu sendiri.

Selepas kejadian pada bulan Ogos tahun lepas, Rubiales digantung tugas oleh badan induk bola sepak dunia (FIFA), sebelum beliau letak jawatan sebagai Presiden Bola Sepak Sepanyol dan Naib Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Bukan itu sahaja, pada awal bulan tahun ini Januari, FIFA mengekalkan larangan tiga tahun daripada aktiviti bola sepak.

Related Articles