Bekas Setiausaha KFA Teringin Lihat Kedah Ke Final
Dunia
FA Kedah
Advertisements

Bekas Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris meluahkan keinginan untuk melihat pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mara ke perlawanan akhir.

Perlawanan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pasti menjadi penentu buat pasukan Kedah sama ada mara ke suku akhir Piala Malaysia atau perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir Kedah pada tahun ini.

Asmirul berkata Kedah seharusnya berjaya dalam perlawanan menentang NSFC demi menamatkan badi kekalahan enam perlawanan terakhir secara berturut-turut.

Advertisements

“Apakah Kedah akan mampu menang serta layak ke pusingan seterusnya? Setidak-tidaknya Kedah berjaya pada malam ini menamatkan badi kekalahan enam perlawanan terakhir berturut-turut.

“Jauh di sudut hati saya masih teramat mengharapkan agar Kedah mampu melangkah lebih jauh. Malah adalah tidak keterlaluan kalau saya katakan sangat teruja serta masih ingin melihat pasukan Kedah Hijau Kuning ke pentas final lalu beraksi di Stadium Bukit Jalil,” luah Asmirul di laman Facebook milik beliau.

Advertisements

Kedah akan turun menentang Negeri Sembilan pada malam ini (1 November) bagi aksi timbal balik. Kedah telah tewas 1-2 dalam perlawanan pertama dan tiada cara lain selain menang dalam perlawanan malam ini untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram