Bekas Tonggak Sabah Ceburi Dunia Kejurulatihan
MakanBola
AFC

Bekas tonggak import Sabah FC, Ko Kwang-min mengambil langkah pertama dalam dunia kejurulatihan.

Ini selepas kelab Korea Selatan, Gimpo Junior FC mengumumkan pelantikan bekas pemain tengah berusia 37 tahun itu sebagai jurulatih pasukan itu.

“Juara K-League, juara Piala FA, naib juara Liga Juara-Juara Asia, Kesebelasan Terbaik K-League.

“Melalui pengalamannya yang luar biasa – kami membangunkan pemain muda dengan kurikulum peringkat tinggi yang tidak dapat dialami oleh kelab belia lain dengan mudah.

“Dengan kerjaya yang luar biasa yang terbukti di puncak pentas profesional, tidak memerlukan lanjutan dan pengalaman dan hala tuju yang jelas, kami akan menjadikan potensi anak-anak kami menjadi kenyataan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pengumuman ini menamatkan desas-desus tentang status Kwang-min selepas menggantung but pada akhir tahun 2025.

Secara ringkas, Gimpo Junior ialah kelab Korea Selatan yang memfokuskan kepada pembangunan akar umbi termasuk pemain Bawah 12 Tahun (B-12).

Sebaik pelantikan Kwang-min disahkan, ramai bekas rakan sepasukan mengucapkan tahniah kepada beliau. Antaranya Danial Ting, Danial Haqim Draman, Ramzi Mustakim dan Telmo Castanheira.

Sepanjang bersama Sang Badak, Kwang-min merekodkan 61 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Liga Super dan Piala AFC.

Beliau juga pernah beraksi mewakili FC Seoul, Yangpyeong FC dan Hwaseong FC ketika di Korea Selatan.