Inspirasi
Terengganu FC
Advertisements

Jatuh bangun dalam kehidupan itu pasti berlaku. Begitu juga yang terjadi kepada penyerang berbisa Terengganu FC, Ivan Mamut yang bangkit dari sebuah episod duka.

Pada bulan Mac yang lalu, satu video telah tular yang memaparkan dua orang pekerja sebuah pasaraya sedang mengutuk Ivan Mamut ketika pemain tersebut sedang membeli belah.

Kejadian itu nyata tidak disenangi segelintir penyokong Terengganu. Selepas kejadian tersebut berlaku, Ivan Mamut mempamerkan kebangkitan luar biasa dengan gol demi gol berjaya dijaringkan.

Advertisements

Dalam satu muatnaik di laman instagram rakan sepasukannya di Terengganu, Liridon Krasniqi, pemain naturalisasi negara itu merasakan apa yang berlaku kepada Ivan Mamut pada hari ini adalah bukti bahawa tiada istilah putus asa buat Mamut.

“Pengalaman Mamut mengingatkan kita bahawa kita tak perlu berputus asa. Disebalik ejekan dan cemuhan, beliau membuktikannya dengan kejayaan yang gemilang.

“Jadi, mari kita jadikan perjalanan Mamut itu sebagai satu inspirasi supaya kita tidak berputus asa dengan impian kita. Jadi siapa sekarang yang Natang?,” coret Liridon di instagram story miliknya.

Advertisements
Matdon Belajarlah Sesuatu Dari Ivan Mamut
Instagram story Liridon Krasniqi.

Untuk musim 2023, Ivan Mamut telah diturunkan dalam 29 perlawanan bagi semua pertandingan domestik dan asia. Beliau telah meledak 20 gol dan menyumbang satu bantuan gol. Statistik hebat yang direkodkan Mamut itu sudah pasti mencukupi untuk beliau kekal bersama Terengganu musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram