Belanda hampir dimalukan Jerman di laman sendiri dalam saingan UEFA Nations League pagi ini.
Kedua-dua buah pasukan cuba untuk mencari kemenangan kedua dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan 3.
Seawal 2 minit permainan, Belanda mendahului didepan dengan jaringan daripada pemain tengah AC Milan, T. Reinjnders.
Kemudiannya, Jerman terus mengawal permainan sehingga pada minit ke-38 penyerang VfB Stuttgart, Deniz Undav menyamakan kedudukan jaringan.
Tidak cukup dengan itu, Jerman terus mengasak sekaligus pada minit masa tambahan separuh masa pertama, ketua pasukan, Joshua Kimmich menjaringkan gol kedua pasukan.
Separuh masa pertama tamat, Belanda 1-2 Jerman.
Tiga pertukaran yang dibuat oleh skuad kendalian Ronald Koeman selepas separuh masa kedua bermula membuahkan hasil.
Denzel Dumfries berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 permainan selepas menerima umpanan kemas daripada Brian Brobbey.
Sehingga wisel penamat, tiada gol tambahan yang dihasilkan kedua pasukan. Belanda ikat Jerman di laman sendiri 2-2.