Benjamin Mora Cipta Rekod Baharu Jurulatih Di Liga Super
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini mencipta rekod sebagai jurulatih pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super buat tiga musim berturut-turut.

Jurulatih yang berasal dari Mexico ini berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun 2019 dan 2020 sekaligus menjadikan beliau satu-satunya jurulatih yang berjaya melakukan perkara itu.

Menurut rekod, beliau telah berjaya menjulang trofi Liga Super pada tahun 2019, 2020 dan juga pada tahun ini sekaligus mengekalkak rekod bersih pasukan tersebut yang menjadi satu-satunya pasukan yang merangkul kejuaraan liga buat lapan musim berturut-turut.

Advertisements

Oleh yang demikian, JDT merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mencipta rekod tersebut di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Semenjak saingan liga bola sepak profesional diperkenalkan dan dipertandingkan pada tahun 1994, hanya dua orang jurulatih yang berjaya merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak tiga kali iaitu bekas jurulatih pasukan Selangor FC, K Devan dan juga Benjamin Mora.

K Devan pernah menjulang kejuaraan tersebut sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2006,2009 dan juga 2010. Ia merupakan kejuaraan terakhir Selangor dalam saingaj Liga Super yang ketika ini sedang didominasi oleh pasukan JDT.

Advertisements

Selain itu, Benjamin Mora juga mencipta satu lagi rekod iaitu sebagai jurulatih termuda yang pernah menjadi juara berganda di piala bola sepak profesional tertinggi di Malaysia itu semenjak tahun 1994.

Jurulatih berusia 42 tahun ini menjadi termuda melakukannya sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh K. Devan yang mengemudi pasukan Selangor ketika berusia 49 tahun.

Kini, beliau dilihat mempunyai ramuan terbaik untuk mengemudi pasukan tersebut bagi mengecapi kejayaan dalam pentas tertinggi bola sepak Asia iaitu di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada tahun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram