Kedudukan Sukar Digugat, JDT Juara Liga Super Lapan Musim Berturut-turut
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim kini sah menjadi juara Liga Super bagi musim 2021 setelah menewaskan pasukan Sri Pahang FC dengan jaringan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan JDT selaku pasukan terbaik negara ketika ini apabila dominasi terhadap kejuaraan Liga Super yang dimenangi sejak tahun 2014 dilihat sukar dicabar oleh pesaing terdekat.

Kejayaan pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Sultan Ismail Idris (TMJ) menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-8 berturut-turut merupakan satu rekod yang amat besar buat pasukan itu.

Advertisements

Pasukan Sri Pahang yang turun dengan kehilangan beberapa tonggak utama yang dibelenggu kecederaan jelas gagal memperagakan aksi sebenar mereka. Pasukan bimbingan Dollah Salleh ini jelas gagal bermain di bawah penguasaan penuh pasukan Benjamin Mora yang turun dengan barisan terbaiknya dalam misi memburu tiga mata penuh.

Pasukan JDT juga dilihat tampil dengan misi utama iaitu untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super kali kelapan dengan gol pasukan dijaringkan oleh penyerang berbisanya, Bergson Da Silva yang mencetak hattrick pada malam ini.

Ini sekaligus menambah koleksi trofi yang dimenangi oleh pasukan tersebut setelah 8 tahun berada di bawah seliaan TMJ. Kini, JDT telah memenangi 29 trofi secara keseluruhannya.

Advertisements

10 trofi berjaya dimenangi oleh pasukan junior manakala kemenangan Liga Super ini menambah koleksi trofi pasukan senior menjadi 19 trofi secara keseluruhannya.

Selepas perlawanan sebentar tadi, JDT telah berjaya mencatat kemenangan ke-16 pada musim ini dengan 51 mata. Selain itu, Bergson Da Silva juga dilihat berada pada landasan terbaik untuk memburu kasut emas setelah menjaringkan tiga gol dalam perlawanan ini sekaligus memintas Ifedayo ketika saingan berbaki dua perlawanan lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram